Friday, June 21, 2013

Oreo Cheese Cake

 Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kali ini saya dapat buat Oreo Cheese Cake for my junior's belated birthday.

Yes! Actually it should be `Happy Belated Birthday Mim`. Tapi tak pelah! hahaha.

And Alhamdulillah she was so happy masa dapat kek ni. Semua yang makan pon suka, Alhamdulillah.

So, once again because SHARING IS OHSEM ! saya kongsi resepi kek ni.

Lets make everybody around us happy with this lovely homemade Oreo Cheese Cake.

Jom tengok resepi kek ni.
Base Cake
Bahan-bahan:
  • 30 keping oreo(buang cream tengah) - dikisar halus
  • 1/4 butter - dicairkan
 Cara-cara:
  1. Gaulkan oreo yang telah dikisar dengan butter cair sehingga rata.
  2. Masukkan ke dalam loyang yang telah digris tepi dan dialas dengan baking paper. Tekan sehingga betul-betul padat dan keras. 
  3. Simpan sebentar didalam peti sejuk sementara untuk buat adunan kek.
  4. Pre-heat oven dengan suhu 180 darjah.
Cake
Bahan-bahan:
  • 2 cawan cream cheese
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 tsp esen vanila
  • 1/2 cawan yogurt
  • 2 biji telur
  • 1 cawan oreo yang dicincang halus
Cara-cara:
  1. Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga sebati.
  2. Masukkan yogurt dan pukul sebati.
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati. 
  4. Masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi dan kaup balik hingga rata.
  5. Bakar secara 'steam bake' (letak loyang adunan ke dalam loyang lain yang berisi air) selama 45minit atau hingga tengah-tengah kek benar-benar masak pada suhu 180darjah.
  6. Sejukkan sekurang-kurangnya 4jam atau semalaman di dalam peti sejuk. 
SIAP!

SELAMAT MENCUBA!



Thursday, June 20, 2013

Kek Pelangi lagiiiii

Assalamualaikum,

Da lama tak update pasal resepi kan? Kali ni pasal resepi kek pelangi @ rainbow cake. Tapi this time, kek ni untuk saiz yang besar sikit. Before ni kan resepi untuk kek saiz kecil.

Kalau any of you nak resepi yang saiz kecil boleh la klik di sini

Actually, kek ni dibuat sempena nak makan-makan sambil usrah minggu lepas. Alhamdulillah semua ahli usrah yang makan kek ni suka. Jazakillah semua.

Kek pelangi yang saya buat ni tak adalah ikut semua warna pelangi. Saya buat 5 warna je. Hihihi.

Because SHARING IS AWESOME! So, nak share la resepi ni to anyone yang suka nak buat kek ni.


Jom kita tengok resepi kek ni.

KEK
Bahan A:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 tsp baking powder
  • 1/2 tsp garam

Bahan B:

  • 1 cawan butter - suhu bilik
  • 2 cawan gula kastor
  • 5 biji putih telur - suhu bilik
  • 2 tsp esen vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik
  • pewarna - merah, kuning, hijau, biru, ungu. 

Cara-cara:

  1. Sediakan loyang 18cm dan gris tepi loyang dengan butter dan juga alas bawah loyang dengan baking paper.
  2. Panaskan oven pada suhu 170 darjah.
  3. Ayak bahan A dan ketepikan.
  4. Dalam bekas lain putar butter dan gula kastor hingga kembang atau butter akan bertukar menjadi warna putih. 
  5. Masukkan putih telur dan esen vanila. Pukul lagi sampai gebu dan ringan. 
  6. Kemudian perlahankan kelajuan electric mixer ke tahap paling perlahan sekali dan masukkan bahan A berselang dengan susu segar. (Tepung kena berselang-seli dengan susu segar. Dimulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Maksudnya : tepung - susu - tepung - susu - tepung - susu - tepung. point PENTING MESTI AKHIR DENGAN TEPUNG
  7. Kemudian bahagikan adunan kepada 5 bekas. (ni ada tips tau untuk asingkan dengan mudah. Tapi actually depend on cara masing-masing. )
  8. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata.
  9. Masukkan adunan yang telah diletakkan pewarna ke dalam loyang. 
  10. Bakar adunan tadi satu persatu didalam oven dengan suhu 170 darjah selama 15 minit atau sehingga kek benar-benar masak. (kalau oven anda besar dan muat untuk 2@3 loyang, boleh la bakar sekali gus.)
  11. Bila da masak, sejukkan atas redai.
  12. Kemudian teruskan membakar adunan yang lain sehingga siap.
P/s : Jangan sesekali tindih kek bersama dengan kek lain. Nanti kek akan melekat antara satu sama lain.

Sementara tunggu kek disejukkan, boleh la kita proceed untuk buat cream cheese frosting ye.

CREAM CHEESE FROSTING
Bahan-bahan:
  • 250g cream cheese
  • 120g gula
  • 125g butter
Cara-cara:
  • Putar semua bahan dengan electric mixer sehingga gebu dan ringan.
UNTUK MELAPIS
  1. Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran.
  2. Sapukan sedikit frosting diatasnya dan ratakan.
  3. Menggunakan pengayak, ayak serbuk koko@coklat diatas frosting tadi sehingga rata.
  4. Letakkan lapisan kek yang bewarna lain diatasnya dan ulang langkah 2 dan 3 sehingga habis.
  5. Kemaskan sekeliling tepi kek dengan lebihan frosting tadi. 
  6. Hiaskan dengan kreativiti masing-masing (Kali ini saya hias guna lebihan frosting tadi dan juga READY-TO-USE Wilton Icing)
SELAMAT MENCUBA!




Ni la Wilton Icing yang saya guna untuk hiasan tulisan `IBTISAM` dan rainbow tu.

Wednesday, June 19, 2013

Evolusi rumah di Jepun

Semua orang tahu kalau di Tokyo ni penduduk yang padat lebih kurang  13.23juta(1 April 2013) orang untuk keluasan lebih kurang 2,188 km².kalau nk dibandingkan dengan penduduk Kuala Lumpur hanya 5.7 juta (2010) untuk keluasan 243 km² .So,kalau dikirakan keluasan untuk seorang penduduk jepun hanya lebih kurang 17.9m² tanah. Memang sempit. Maka tak hairanla rumah diorang ni sempit terlampau kalau nk dibandingkan dengan kita.
Sebagai intro boleh tengok video ini.
Living in small space in big city
Contoh rumah lama jepun tahun 2000 ke belakang.

 rumah kayu dengan atap bata


kebiasaan rumah tradisional jepun akan ada ruang ini

Contoh rumah jepun moden ditengah bandar yang tidak cukup tanah.

parking kereta pun x cukup tanah

kanan kiri rumah biasa, ditengah-tengah macam kotak je....zzzzzz

kalau parking kat bawah ni, bangun pagi dah tiada bontot kereta...haha 

Walaupun sebegini artistik design rumah mereka, kekuatan terhadap gegaran gempa bumi amat dititik beratkan berdasarkan struktur rumah itu sendiri.

Rumah mereka ini, hanya tapak rumah je dibina on site, bahagian atas semuanya dibina di kilang mengikut spesifikasi yang telah dilukis.

Bahan-bahan dibawa ke tapak rumah tersebut dan dipasang satu-satu. 

Sebuah rumah banglo hanya memakan  masa tak lebih 6 bulan untuk siap dibina.



Salah satu teknik menarik orang jepun guna untuk melawan gegaran gempa bumi:- letak airbag bawah rumah!




p/s: banyak lagi nk bercerita tapi.......x de masa!


Posted by,
MINUS(-).








Thursday, June 13, 2013

Cyclone Vacuum Yang Mantap

Setelah sekian lama mengalamai masalah vacuum yang berkesan untuk menyedut habuk-habuk karpet dan juga rambut yang gugur akhirnya berjaya setelah menggunakan vacuum baru yang baru dibeli.

Sebelum ini kami guna vacuum tegak yang dikatakan kuat sedutannya, TAPI tak menyedut mana pun.

Setelah usya-usya yahoo oku(auction) dan amazon japan, jumpa jugak 1 jenis vacuum yang power sedutannya.

Cyclone Vacuum ala-ala dyson. Murah je beli, tapi perform sangat.

Naka naka suru dane...

cyclone vacuum

sedut 1 bilik banyak habuk dan rambut berjaya disedut

bye-bye vacuum lama


comment aku tentang vacuum ini: Puas hati dan isteri gembira sebab rumah bersih

p/s: sapa nak vacuum lama aku bagi free..hahaha

Posted by,
MINUS(-).

Tuesday, June 11, 2013

Pelancong Islam ke Jepun

Sejak dua menjak ni ramai dah boleh jumpa orang islam di jepun ni. Kalau keluar jalan-jalan kadang-kadang terserempak dengan orang islam samada orang malaysia sendiri atau bangsa-bangsa lain jugak.

Adakah makanan halal dah banyak dijual sekarang?

kalau diikutkan cerita sensei-sensei dahulu, zaman mereka belajar dekat jepun ni susah sangat nak makan ayam sampaikan ade yang sembelih ayam dalam rumah sendiri.

Jawapannya ya, makanan halal mudah didapati sekarang. Tidak kebuluran di jepun ni, bahkan banyak sangat makanan yang boleh dimakan.

Mau ayam halal? daging halal? semua bole dibeli samada online shop atau kedai-kedai runcit orang islam.

Kalau nak makan nasi goreng rm30 ringgit dan teh tarik rm15 pon ade di Tokyo ni..hukhuk

Dalam news tadi cakap pelancong islam meningkat hampir 60% tahun ini. Antara yang menyumbang nombor itu adalah Malaysia dan diikuti rapat Indonesia.

Sambil tengok news tadi tetiba Halimah sensei sekeluarga ditemuramah..

Ame Yoko Ueno

siap ikut pegi outlet minami osawa

Kepada sesiapa yang mau datang jalan di jepun ni silakan datang ye.

p/s: outlet minami osawa ni dekat dengan rumah kami.


Posted by,
MINUS(-).

Sunday, June 9, 2013

AMIR FIT DAY

Semalam kami libatkan diri dalam pertandingan futsal diperingkat kanto jepun(timur jepun) yang telah diorganize oleh pihak AMIR.

AMIR FIT DAY biasa diadakan setahun sekali seluruh jepun,tiap-tiap tahun aku menyertai dengan team berbeza-beza.

Tahun ini paling best sebab kami adalah tuan rumah(Hachioji) tetapi daftar team tak cukup orang.

Hukhuk.

pagi semalam selepas lapor diri di padang futsal baru tetiba cukup orang.

Alhamdulillah dengan team yang dibentuk last-last minit pun dapat jugak tempat ke-4 dari 14 team yang bertanding.

menang dipermulaan perlawanan dan diakhir perlwanan peringkat kumpulan melayakkan kami ke peringkat seterusnya.

Suku akhir kami bernasib baik sebab bole menang dengan team kuat. Tapi kami kalah gak di separuh akhir, walaupun tiada gol yang dapat disumbangkan, penalti pun tiada jawapan, osom(jangkeng) juga menjadi penentu. Nasib tak menyebelahi kami, so kalah osom.

Hukhuk.

 solat wajib dilakukan walau dimana sekali pon(orang jepun duk tengok je time ni)


wakil kumpulan menerima hadiah

juara tahun ini

Kepada semua team yang terlibat, arigato!

Dan kepada AMIR, syukron!

p/s: tahun depan insyaAllah join lagi


Posted by,
MINUS(-).