Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 20, 2013

Chocolate Brownies

Assalamualaikum,

Ni nak share pasal brownies jek sebenarnya. hehehe

Ni da kali ke berapa try buat brownies ni. Asyik fail je.

Tapi usaha tangga kejayaan kan.

Alhamdulillah da jadi dan hubby pon puas hati sebab lastly jadi jugak.

Jom try buat sama-sama!

Bahan-bahan:

  • 125g marjerin
  • 1 1/2 cawan gula kastor 
  • 1/2 cawan sebuk kokoa
  • 2 biji telur
  • 1 tsp vanilla extract
  • 1/4 tsp garam
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1 tsp baking powder* (ayak bahan bertanda *)
  • 1 cawan chocolate chips
Cara-cara:
  1. Cairkan marjerin dan masukkan gula, serbuk kokoa, vanila extract dan garam.
  2. Tutup api dan biarkan sejuk sebentar.
  3. Masukkan telur sambil whisk dengan hand-whisk
  4. Masukkan bahan yang diayak tadi dan kaup balik sehingga sebati
  5. Masukkan chocolate chips
  6. Tuangkan ke dalam bekas bersaiz 18x28cm yang telah digris dengan sedikit marjerin dan juga dilapik dengan baking paper.
  7. Bakar pada suhu 170 degree selama 25-30 minit.
  8. Biarkan sejuk sebentar di dalam bekas sebelum keluarkannya. 
DONE!

Jadi la macam ni. Yang saya punya nampak je buruk rupanya, tapi sedap. hehehe


Rangup di luar macam biskut tapi lembut didalam macam moist chocolate cake. hehe

Posted by,
PLUS(+)




Homemade Ikea Meatball

Assalamualaikum,

This time nak share pasal meatball ala ikea punya.

Bunyi macam wow je kan? Tapi nya tak ada lah sangat. haha!

Ok tak mau banyak cakap, jom tengok resepi dia.

Bahan-bahan:
(Bahan untuk meatball)

  • 250g daging cincang
  • 1 biji bawang putih - ditumbuk halus (optional)
  • 1 biji bawang besar - dicincang halus
  • 3/4 cawan bread crumb - agak-agakuntuk kekentalannya
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur - dipukul
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1/2 sudu lada sulah
  • sedikit minyak untuk menguli
  • garam secukup rasa
cara-cara:
  1. Satukan daging kisar, bawang besar, bawang putih, bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu dan telur dan garam. 
  2. Gaul semua bahan tersebut hingga rata dan serta kental
  3. Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi bread crumb.
  4. Sedia untuk bulatkan meatball itu
  5. Letakkan sedikit minyak atas tangan supaya tidak melekat
  6. Meatball yang siap dibulatkan tadi di kukus selama 10-15 minit
  7. Panaskan minyak panas dan cairkan 2 sudu  butter dalam kuali non-stick. 
  8. Goreng meatball yang telah dikukus tadi sehingga garing-garing sedikit pada kawasan luar. Jangan terlalu lama sebab nanti daging jadi keras.
bahan-bahan untuk gravy:
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air sejuk*
  • 100ml susu segar/cair*
  • 3 sudu sos tomato*
  • 3 sudu sos tiram*
  • 2 sudu kicap manis*
  • 2 sudu lada hitam*
  • 1 kiub pati ayam*
  • sedikit gula*
Cara-cara:
  1. Goreng bawang besar hingga agak layu dan masukkan butter.
  2. Masukkan tepung gandum dan biarkan sebentar hingga agak keperangan
  3. Kemudian masukkan semua bahan bertanda * dan kacau hingga sebati dan mendidih
  4. Sejukkan seketika dan kisar supaya bawang besar hancur
Done! 

SELAMAT MENCUBA!



Posted by,
PLUS(+)

Mee Kari

Assalamualaikum,

Mee kari? YES!

Sebab nak sangat makan mee kari hari itu, jadinya rajinkan diri untuk membuat mee kari.

Masa teringin tu da la masa Jepun dijangka ribut paling kuat akan melanda hari tu. Memang cuak la duk sorang sorang kat umah sebab my hubby pergi Okinawa for his conference. Da fikir macam-macam. Hehehe.

Then, cepat-cepat pergi beli bahan-bahan untuk masak mee kari. Kebetulan setiap Rabu malam memang ada liqa' di Takao ni. So, saya volunteer nak mereka semua datang rumah saya untuk liqa' dan sambil-sambil makan mee kari bersama-sama. Makan ramai-ramai sedap sikit rasanya. Hihihi.

This some share about the mee kari recipe yang menggunakan bahan-bahan yang memang limited di Jepun ni.

Tapi saya share resepi yang memang untuk 2-3 orang makan yek. Yang saya buat untuk liqa' tu saya just gandakan kuantiti bahan-bahan je.


(untuk 2-3 orang makan)
Bahan tumis:

  • 1/2 biji bawah merah besar - dihiris nipis
  • 3 biji bawang putih - dihiris nipis
  • 1/2 inci halia - dihiris nipis
  • 1 batang kulit kayu manis. 
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1 bunga lawang
Bahan kisar:
  • 1/2 biji bawang merah besar*
  • 3 biji bwang putih*
  • 1/2 inci halia* (kisar bahan bertanda *)
  • 2 sudu makan serbuk kari ayam#
  • 1 sudu besar cili kisar# (satukan bahan bertanda #)

Bahan tambahan:

  • sedikit air asam jawa - ikut kesukaan kita
  • 200g isi ayam
  • Tauhu kering, fishball, cili hiris
  • Sedikit santan pekat - ikut kesukaan kita
  • 1 biji telur
  • Sayur sawi dan taugeh

Cara-cara:

  1. Panaskan periuk dan isikan dengan minyak masak.
  2. Tumiskan bahan tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar bersama dengan serbuk kari dan cili kisar tadi. Masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air asam jawa dan juga air secukupnya. Biarkan mendidih seketika. 
  5. Masukkan isi ayam dan biarkan seketika. Masukkan pula tauhu kering, fishball, cili hiris dan gaul rata. Biarkan mendidih seketika. 
  6. Pecahkan telur sebiji ke dalam kuah tadi. Kacau perlahan dan biarkan mendidih seketika. 
  7. Masukkan santan pekat ikut kesukaan kita. Gaul rata dan biarkan mendidih sebentar. 
  8. Masukkan sayur sawi dan taugeh. Perasakan dengan garam.
  9. Boleh dihidangkan bersama mee yang telah dicelur dan telur rebus. 
SIAP!!





Posted by,
PLUS(+)

Tuesday, October 8, 2013

Pokok Lada Saya!!

Assalamualaikum warga di atas muka bumi yang indah ini.

Dah lama sangat tak post pape dalam blog ni. Da berhabuk. *cuci habuk blog*

OH!

Actually nak cerita pasal pokok lada saya tu laaa. Ingat tak? Yang tiba-tiba saya tanam pokok lada, alasan sebab malas nak bawa from Malaysia da lain kali. Senang je nanti, just petik kat dalam pasu sendiri kan?

Kalau tak ingat bila pulak saya post pasal tanam pokok lada tu, boleh tengok-tengok kat sini

Di Jepun ni memang jarang sangat nak jumpa lada macam Malaysia kita tu. Ala yang selalu kalau orang Kelantan macam saya ni, suka sangat letak lada tu dalam budu. HAHAHA.

Ok. Berbalik pada cerita yang berdasarkan tajuk post kali ni..HEHE.

U olls nak tahu tak pokok lada saya da 'sihat'?? hehehe. AAH!! Da berdaun setelah tunggu berkurun lamanya.

Actually saya memang tak pernah pon berkebun atau pun menanam apa-apa jenis tanaman sekali pun. Haha.

So, memang tak tahu la cara yang betul nak tanam pokok lada. Main hentam jek hari tu. Hihihi.
Dan juga tak tahu pun berapa lama yang diperlukan untuk biji lada tu jadi pokok lada.

Bulan lepas, my parents datang sini. Mereka la yang bagi semangat supaya diri ni rajin nak siram pokok lada tu. Kata mereka,

"Nanti boleh la jual online. Sebab semua barang kan boleh jual kat dalam internet"

Semua gelak je. Yela dunia internet sekarang. Macam-macam ada. Bukan astro je macam-macam ada, internet lagi la advance.

So, alhamdulillah setakat ni pokok lada tu sedang membesar dengan sihatnya.

Tiba-tiba rasa nak kasik nama. Boleh tak? HAHA.

Ok da mengarut.

Mesti korang tak percaya kan? Kalo tak percaya tengok la gambar kat bawah tu. Weeeeek *jelir lidah* :p






Posted by,

PLUS(+)