Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 25, 2013

Popia Sira Bersambal

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan untuk semua. Alhamdulillah da setengah bulan kita berpuasa di bulan Ramadhan ni. Sebenarnya, perasaan tu mesti ada happy sebab da nak raya kan, dan ada sedih sebab ramadhan, bulan special yang Allah bagi untuk hambaNya beribadat dan kejar pahala banyak-banyak, juga satu-satunya bulan adanya malam Lailatulqadar kan. Wah jom kejar!!

Nway, akhirat kita kejar, dunia pun jangan lupa. :)

So, sempena bulan Ramadhan di perantauan ni, memang la teringin nak makan kuih yang ada kat bazar tuuu. Tapi apakan daya, memang la tak ada bazar Ramadhan di Jepun ni.

Apa lagi, jawabnya kena la buat sendiri. Hehehe. Korang rajin kan?

 Mesti laaaa.

Jom!

Popia Sira Bersambal.

Bahan-bahan:
  • Kulit popia secukupnya.
Untuk inti:
  • 200g udang (dihiris kecil)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang carrot
  • sedikit kubis (diracik halus)
  • segenggam taugeh.
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak (untuk menumis)
Untuk sos:
  • 2 sudu besar cili mesin
  • 1 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 2 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar gula
  • 3 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa
  • bijan untuk hiasan
Cara-cara:
(Untuk inti)
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dengan udang sampai naik bau.
  2. Kemudian, masukkan carrot,taugeh,kobis dan sos tiram.
  3. Bila sayur sudah lembut, tutup api dan tapiskan supaya minyak dan kuahnya turun. Biarkan sejuk seketika.
  4. Bentangkan kulit popiah dan letakkan inti tadi ditengah.
  5. Gulung hingga hujung dan lipatkan seperti membuat kuih ketayap.
  6. Calitkan dengan sedikit gam (1 sudu besar tepung gandum+3 sudu besar air) dihujung dan lekatkan.
  7. Goreng dalam minyak yang banyak dan sederhana panas.
(Untuk sos)
  1. Campurkan semua bahan-bahan sos tadi, dan kacau sebati.
  2. Panaskan kuali dan tumis semua bahan tadi hingga pekat.
  3. Bila da agak kering, masukkan popia yang dah digoreng tadi.
  4. Gaul rata dan angkat untuk dihidang. 
DONE! Senang je. 

SELAMAT MENCUBA!

Posted by,
Plus(+)

Wednesday, July 17, 2013

Puasa yang mengajar aku (1)

     manusia ni kadang kala lupa akan nikmat kesihatan yang Allah berikan selama ini.
  • Bila diuji sedikit baru nk ingat pada tuhan.
    Inila salah satu benda yang aku pelajari dibulan ramadhan ini.
    Semalam aku sahur dengan makan yougurt dengan niat diet la konon. Makan plain yougurt bersama hirisan buah.
    Blurrp. Alhamdulillah.
    Sejam after subuh-----> prut cram!
    Arghh,sakit yang teramat sangat. Sakit yang tak pernah aku rasa selama ini.
    Dalam hati kata "begini ke sakit mengandung bayi?......x kot" ..
    Alhamdulillah isteri sentiasa disisi,sakit begini pun isteri tak tidur melayan kerenah aku.
    Pagi semalam sepatutnya pegi ke syarikat tapi terpaksa ditunda ke hari lain.
    Tapi syukur hari ini dah ok. tetiba datang dikepala yang selama ni sihat je tapi kurangnya rasa syukur diberi nikmat sihat.
    Alhamdulillah.
    p/s: selamat beramal di bulan ramadhan yang penuh berkat dari kami sekeluarga..

    Posted by,
    MINUS(-)