Sunday, October 20, 2013

Chocolate Brownies

Assalamualaikum,

Ni nak share pasal brownies jek sebenarnya. hehehe

Ni da kali ke berapa try buat brownies ni. Asyik fail je.

Tapi usaha tangga kejayaan kan.

Alhamdulillah da jadi dan hubby pon puas hati sebab lastly jadi jugak.

Jom try buat sama-sama!

Bahan-bahan:

  • 125g marjerin
  • 1 1/2 cawan gula kastor 
  • 1/2 cawan sebuk kokoa
  • 2 biji telur
  • 1 tsp vanilla extract
  • 1/4 tsp garam
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1 tsp baking powder* (ayak bahan bertanda *)
  • 1 cawan chocolate chips
Cara-cara:
  1. Cairkan marjerin dan masukkan gula, serbuk kokoa, vanila extract dan garam.
  2. Tutup api dan biarkan sejuk sebentar.
  3. Masukkan telur sambil whisk dengan hand-whisk
  4. Masukkan bahan yang diayak tadi dan kaup balik sehingga sebati
  5. Masukkan chocolate chips
  6. Tuangkan ke dalam bekas bersaiz 18x28cm yang telah digris dengan sedikit marjerin dan juga dilapik dengan baking paper.
  7. Bakar pada suhu 170 degree selama 25-30 minit.
  8. Biarkan sejuk sebentar di dalam bekas sebelum keluarkannya. 
DONE!

Jadi la macam ni. Yang saya punya nampak je buruk rupanya, tapi sedap. hehehe


Rangup di luar macam biskut tapi lembut didalam macam moist chocolate cake. hehe

Posted by,
PLUS(+)




Homemade Ikea Meatball

Assalamualaikum,

This time nak share pasal meatball ala ikea punya.

Bunyi macam wow je kan? Tapi nya tak ada lah sangat. haha!

Ok tak mau banyak cakap, jom tengok resepi dia.

Bahan-bahan:
(Bahan untuk meatball)

  • 250g daging cincang
  • 1 biji bawang putih - ditumbuk halus (optional)
  • 1 biji bawang besar - dicincang halus
  • 3/4 cawan bread crumb - agak-agakuntuk kekentalannya
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur - dipukul
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1/2 sudu lada sulah
  • sedikit minyak untuk menguli
  • garam secukup rasa
cara-cara:
  1. Satukan daging kisar, bawang besar, bawang putih, bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu dan telur dan garam. 
  2. Gaul semua bahan tersebut hingga rata dan serta kental
  3. Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi bread crumb.
  4. Sedia untuk bulatkan meatball itu
  5. Letakkan sedikit minyak atas tangan supaya tidak melekat
  6. Meatball yang siap dibulatkan tadi di kukus selama 10-15 minit
  7. Panaskan minyak panas dan cairkan 2 sudu  butter dalam kuali non-stick. 
  8. Goreng meatball yang telah dikukus tadi sehingga garing-garing sedikit pada kawasan luar. Jangan terlalu lama sebab nanti daging jadi keras.
bahan-bahan untuk gravy:
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air sejuk*
  • 100ml susu segar/cair*
  • 3 sudu sos tomato*
  • 3 sudu sos tiram*
  • 2 sudu kicap manis*
  • 2 sudu lada hitam*
  • 1 kiub pati ayam*
  • sedikit gula*
Cara-cara:
  1. Goreng bawang besar hingga agak layu dan masukkan butter.
  2. Masukkan tepung gandum dan biarkan sebentar hingga agak keperangan
  3. Kemudian masukkan semua bahan bertanda * dan kacau hingga sebati dan mendidih
  4. Sejukkan seketika dan kisar supaya bawang besar hancur
Done! 

SELAMAT MENCUBA!



Posted by,
PLUS(+)

Mee Kari

Assalamualaikum,

Mee kari? YES!

Sebab nak sangat makan mee kari hari itu, jadinya rajinkan diri untuk membuat mee kari.

Masa teringin tu da la masa Jepun dijangka ribut paling kuat akan melanda hari tu. Memang cuak la duk sorang sorang kat umah sebab my hubby pergi Okinawa for his conference. Da fikir macam-macam. Hehehe.

Then, cepat-cepat pergi beli bahan-bahan untuk masak mee kari. Kebetulan setiap Rabu malam memang ada liqa' di Takao ni. So, saya volunteer nak mereka semua datang rumah saya untuk liqa' dan sambil-sambil makan mee kari bersama-sama. Makan ramai-ramai sedap sikit rasanya. Hihihi.

This some share about the mee kari recipe yang menggunakan bahan-bahan yang memang limited di Jepun ni.

Tapi saya share resepi yang memang untuk 2-3 orang makan yek. Yang saya buat untuk liqa' tu saya just gandakan kuantiti bahan-bahan je.


(untuk 2-3 orang makan)
Bahan tumis:

  • 1/2 biji bawah merah besar - dihiris nipis
  • 3 biji bawang putih - dihiris nipis
  • 1/2 inci halia - dihiris nipis
  • 1 batang kulit kayu manis. 
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1 bunga lawang
Bahan kisar:
  • 1/2 biji bawang merah besar*
  • 3 biji bwang putih*
  • 1/2 inci halia* (kisar bahan bertanda *)
  • 2 sudu makan serbuk kari ayam#
  • 1 sudu besar cili kisar# (satukan bahan bertanda #)

Bahan tambahan:

  • sedikit air asam jawa - ikut kesukaan kita
  • 200g isi ayam
  • Tauhu kering, fishball, cili hiris
  • Sedikit santan pekat - ikut kesukaan kita
  • 1 biji telur
  • Sayur sawi dan taugeh

Cara-cara:

  1. Panaskan periuk dan isikan dengan minyak masak.
  2. Tumiskan bahan tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar bersama dengan serbuk kari dan cili kisar tadi. Masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air asam jawa dan juga air secukupnya. Biarkan mendidih seketika. 
  5. Masukkan isi ayam dan biarkan seketika. Masukkan pula tauhu kering, fishball, cili hiris dan gaul rata. Biarkan mendidih seketika. 
  6. Pecahkan telur sebiji ke dalam kuah tadi. Kacau perlahan dan biarkan mendidih seketika. 
  7. Masukkan santan pekat ikut kesukaan kita. Gaul rata dan biarkan mendidih sebentar. 
  8. Masukkan sayur sawi dan taugeh. Perasakan dengan garam.
  9. Boleh dihidangkan bersama mee yang telah dicelur dan telur rebus. 
SIAP!!





Posted by,
PLUS(+)

Tuesday, October 8, 2013

Pokok Lada Saya!!

Assalamualaikum warga di atas muka bumi yang indah ini.

Dah lama sangat tak post pape dalam blog ni. Da berhabuk. *cuci habuk blog*

OH!

Actually nak cerita pasal pokok lada saya tu laaa. Ingat tak? Yang tiba-tiba saya tanam pokok lada, alasan sebab malas nak bawa from Malaysia da lain kali. Senang je nanti, just petik kat dalam pasu sendiri kan?

Kalau tak ingat bila pulak saya post pasal tanam pokok lada tu, boleh tengok-tengok kat sini

Di Jepun ni memang jarang sangat nak jumpa lada macam Malaysia kita tu. Ala yang selalu kalau orang Kelantan macam saya ni, suka sangat letak lada tu dalam budu. HAHAHA.

Ok. Berbalik pada cerita yang berdasarkan tajuk post kali ni..HEHE.

U olls nak tahu tak pokok lada saya da 'sihat'?? hehehe. AAH!! Da berdaun setelah tunggu berkurun lamanya.

Actually saya memang tak pernah pon berkebun atau pun menanam apa-apa jenis tanaman sekali pun. Haha.

So, memang tak tahu la cara yang betul nak tanam pokok lada. Main hentam jek hari tu. Hihihi.
Dan juga tak tahu pun berapa lama yang diperlukan untuk biji lada tu jadi pokok lada.

Bulan lepas, my parents datang sini. Mereka la yang bagi semangat supaya diri ni rajin nak siram pokok lada tu. Kata mereka,

"Nanti boleh la jual online. Sebab semua barang kan boleh jual kat dalam internet"

Semua gelak je. Yela dunia internet sekarang. Macam-macam ada. Bukan astro je macam-macam ada, internet lagi la advance.

So, alhamdulillah setakat ni pokok lada tu sedang membesar dengan sihatnya.

Tiba-tiba rasa nak kasik nama. Boleh tak? HAHA.

Ok da mengarut.

Mesti korang tak percaya kan? Kalo tak percaya tengok la gambar kat bawah tu. Weeeeek *jelir lidah* :p






Posted by,

PLUS(+)


Wednesday, August 21, 2013

Hari Raya Aidilfitri 2013


Sambungan topik yang lepas, Alhamdulillah raya tahun ni amat best buat kami.

Maklumlah pertama kali beraya bersama-sama setelah bergelar suami-isteri.

Raya kali ini sangat happening ditambah lagi dengan kehadiran junior kami dari jepun selama seminggu beraya bersama.

Jadual pack sangat, kemana kami pergi disitulah ade mereka. macam anak-anak plak.

Huhu.

Tapi diorang ni sangat senpoi sebab tak susah nak melayan mereka, kemana kita pegi, apa kita makan, apa kita buat tu semua diorg ikut je..

dari kiri Ayaka, Atsuko dan Rina

dari kiri Haslini, abah, ma dan aku.....

Raya tahun ini tak dapat ampau dah walau dari bapak sendiri. Katanya dah tak layak disebabkan sudah berkahwin...(^_^)

Balik kampung kita pulak yang tabur ampau pada kanak-kanak. Sudah masa menjadi orang dewasa..

Tahun ini cuti sebulan lebih untuk raya sebab tahun depan tak tau ade cuti ke tak. hukhuk

p/s: nantikan update kami dari melbourne


Posted by,
MINUS(-)

Tuesday, August 6, 2013

Nak Raya Belah Mana Tahun Ini?

Assalamualaikum,

Sibuk nak balik cuti di kampung sampai tak terupdate blog.

Kembali pada topik, tahun ini tahun istimewa pada kami sebab kali ini raya yang pertama kami bersama.

Tapi, agak susah nak decide balik beraya di rumah yang mana satu untuk raya pertama.

Maklumla kami ni masih baru dalam berumah tangga, setiap hari adalah hari untuk belajar.

Before bertolak dari Tokyo ke Kuala Lumpur, si isteri dah plan dah dalam diari bila nak blik rumah umi atau ma.

Mula-mula ikut aje plan, tapi bila sampai kelantan macam biasala plan mesti berumah.

Maka bermula penim-penim nk decide macam mana n so on.

.
..
...
....
Tapi Alhamdulillah kami dah decide, tahun ni beraya di rumah belah isteri.(^_^)

Kami sampai awal di kelantan,, so banyak masa yang tak terisi, oleh itu isteri merajinkan diri untuk membuat biskut raya favoruit ku..Yeii..

Ini la hasilnya..

Biskut Dahlia....(^_^)

p/s: Thanks sayang buatkan biskut kegemaran abang..

Posted by,
MINUS(-)




Thursday, July 25, 2013

Popia Sira Bersambal

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan untuk semua. Alhamdulillah da setengah bulan kita berpuasa di bulan Ramadhan ni. Sebenarnya, perasaan tu mesti ada happy sebab da nak raya kan, dan ada sedih sebab ramadhan, bulan special yang Allah bagi untuk hambaNya beribadat dan kejar pahala banyak-banyak, juga satu-satunya bulan adanya malam Lailatulqadar kan. Wah jom kejar!!

Nway, akhirat kita kejar, dunia pun jangan lupa. :)

So, sempena bulan Ramadhan di perantauan ni, memang la teringin nak makan kuih yang ada kat bazar tuuu. Tapi apakan daya, memang la tak ada bazar Ramadhan di Jepun ni.

Apa lagi, jawabnya kena la buat sendiri. Hehehe. Korang rajin kan?

 Mesti laaaa.

Jom!

Popia Sira Bersambal.

Bahan-bahan:
  • Kulit popia secukupnya.
Untuk inti:
  • 200g udang (dihiris kecil)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang carrot
  • sedikit kubis (diracik halus)
  • segenggam taugeh.
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak (untuk menumis)
Untuk sos:
  • 2 sudu besar cili mesin
  • 1 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 2 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar gula
  • 3 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa
  • bijan untuk hiasan
Cara-cara:
(Untuk inti)
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dengan udang sampai naik bau.
  2. Kemudian, masukkan carrot,taugeh,kobis dan sos tiram.
  3. Bila sayur sudah lembut, tutup api dan tapiskan supaya minyak dan kuahnya turun. Biarkan sejuk seketika.
  4. Bentangkan kulit popiah dan letakkan inti tadi ditengah.
  5. Gulung hingga hujung dan lipatkan seperti membuat kuih ketayap.
  6. Calitkan dengan sedikit gam (1 sudu besar tepung gandum+3 sudu besar air) dihujung dan lekatkan.
  7. Goreng dalam minyak yang banyak dan sederhana panas.
(Untuk sos)
  1. Campurkan semua bahan-bahan sos tadi, dan kacau sebati.
  2. Panaskan kuali dan tumis semua bahan tadi hingga pekat.
  3. Bila da agak kering, masukkan popia yang dah digoreng tadi.
  4. Gaul rata dan angkat untuk dihidang. 
DONE! Senang je. 

SELAMAT MENCUBA!

Posted by,
Plus(+)