Tuesday, June 11, 2013

Pelancong Islam ke Jepun

Sejak dua menjak ni ramai dah boleh jumpa orang islam di jepun ni. Kalau keluar jalan-jalan kadang-kadang terserempak dengan orang islam samada orang malaysia sendiri atau bangsa-bangsa lain jugak.

Adakah makanan halal dah banyak dijual sekarang?

kalau diikutkan cerita sensei-sensei dahulu, zaman mereka belajar dekat jepun ni susah sangat nak makan ayam sampaikan ade yang sembelih ayam dalam rumah sendiri.

Jawapannya ya, makanan halal mudah didapati sekarang. Tidak kebuluran di jepun ni, bahkan banyak sangat makanan yang boleh dimakan.

Mau ayam halal? daging halal? semua bole dibeli samada online shop atau kedai-kedai runcit orang islam.

Kalau nak makan nasi goreng rm30 ringgit dan teh tarik rm15 pon ade di Tokyo ni..hukhuk

Dalam news tadi cakap pelancong islam meningkat hampir 60% tahun ini. Antara yang menyumbang nombor itu adalah Malaysia dan diikuti rapat Indonesia.

Sambil tengok news tadi tetiba Halimah sensei sekeluarga ditemuramah..

Ame Yoko Ueno

siap ikut pegi outlet minami osawa

Kepada sesiapa yang mau datang jalan di jepun ni silakan datang ye.

p/s: outlet minami osawa ni dekat dengan rumah kami.


Posted by,
MINUS(-).

No comments:

Post a Comment