Sunday, October 20, 2013

Homemade Ikea Meatball

Assalamualaikum,

This time nak share pasal meatball ala ikea punya.

Bunyi macam wow je kan? Tapi nya tak ada lah sangat. haha!

Ok tak mau banyak cakap, jom tengok resepi dia.

Bahan-bahan:
(Bahan untuk meatball)

  • 250g daging cincang
  • 1 biji bawang putih - ditumbuk halus (optional)
  • 1 biji bawang besar - dicincang halus
  • 3/4 cawan bread crumb - agak-agakuntuk kekentalannya
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur - dipukul
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1/2 sudu lada sulah
  • sedikit minyak untuk menguli
  • garam secukup rasa
cara-cara:
  1. Satukan daging kisar, bawang besar, bawang putih, bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu dan telur dan garam. 
  2. Gaul semua bahan tersebut hingga rata dan serta kental
  3. Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi bread crumb.
  4. Sedia untuk bulatkan meatball itu
  5. Letakkan sedikit minyak atas tangan supaya tidak melekat
  6. Meatball yang siap dibulatkan tadi di kukus selama 10-15 minit
  7. Panaskan minyak panas dan cairkan 2 sudu  butter dalam kuali non-stick. 
  8. Goreng meatball yang telah dikukus tadi sehingga garing-garing sedikit pada kawasan luar. Jangan terlalu lama sebab nanti daging jadi keras.
bahan-bahan untuk gravy:
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air sejuk*
  • 100ml susu segar/cair*
  • 3 sudu sos tomato*
  • 3 sudu sos tiram*
  • 2 sudu kicap manis*
  • 2 sudu lada hitam*
  • 1 kiub pati ayam*
  • sedikit gula*
Cara-cara:
  1. Goreng bawang besar hingga agak layu dan masukkan butter.
  2. Masukkan tepung gandum dan biarkan sebentar hingga agak keperangan
  3. Kemudian masukkan semua bahan bertanda * dan kacau hingga sebati dan mendidih
  4. Sejukkan seketika dan kisar supaya bawang besar hancur
Done! 

SELAMAT MENCUBA!



Posted by,
PLUS(+)

No comments:

Post a Comment