Sunday, October 20, 2013

Mee Kari

Assalamualaikum,

Mee kari? YES!

Sebab nak sangat makan mee kari hari itu, jadinya rajinkan diri untuk membuat mee kari.

Masa teringin tu da la masa Jepun dijangka ribut paling kuat akan melanda hari tu. Memang cuak la duk sorang sorang kat umah sebab my hubby pergi Okinawa for his conference. Da fikir macam-macam. Hehehe.

Then, cepat-cepat pergi beli bahan-bahan untuk masak mee kari. Kebetulan setiap Rabu malam memang ada liqa' di Takao ni. So, saya volunteer nak mereka semua datang rumah saya untuk liqa' dan sambil-sambil makan mee kari bersama-sama. Makan ramai-ramai sedap sikit rasanya. Hihihi.

This some share about the mee kari recipe yang menggunakan bahan-bahan yang memang limited di Jepun ni.

Tapi saya share resepi yang memang untuk 2-3 orang makan yek. Yang saya buat untuk liqa' tu saya just gandakan kuantiti bahan-bahan je.


(untuk 2-3 orang makan)
Bahan tumis:

  • 1/2 biji bawah merah besar - dihiris nipis
  • 3 biji bawang putih - dihiris nipis
  • 1/2 inci halia - dihiris nipis
  • 1 batang kulit kayu manis. 
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1 bunga lawang
Bahan kisar:
  • 1/2 biji bawang merah besar*
  • 3 biji bwang putih*
  • 1/2 inci halia* (kisar bahan bertanda *)
  • 2 sudu makan serbuk kari ayam#
  • 1 sudu besar cili kisar# (satukan bahan bertanda #)

Bahan tambahan:

  • sedikit air asam jawa - ikut kesukaan kita
  • 200g isi ayam
  • Tauhu kering, fishball, cili hiris
  • Sedikit santan pekat - ikut kesukaan kita
  • 1 biji telur
  • Sayur sawi dan taugeh

Cara-cara:

  1. Panaskan periuk dan isikan dengan minyak masak.
  2. Tumiskan bahan tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar bersama dengan serbuk kari dan cili kisar tadi. Masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air asam jawa dan juga air secukupnya. Biarkan mendidih seketika. 
  5. Masukkan isi ayam dan biarkan seketika. Masukkan pula tauhu kering, fishball, cili hiris dan gaul rata. Biarkan mendidih seketika. 
  6. Pecahkan telur sebiji ke dalam kuah tadi. Kacau perlahan dan biarkan mendidih seketika. 
  7. Masukkan santan pekat ikut kesukaan kita. Gaul rata dan biarkan mendidih sebentar. 
  8. Masukkan sayur sawi dan taugeh. Perasakan dengan garam.
  9. Boleh dihidangkan bersama mee yang telah dicelur dan telur rebus. 
SIAP!!





Posted by,
PLUS(+)

No comments:

Post a Comment