Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 12, 2013

Rainbow Cake a.k.a Kek Pelangi


Assalamualaikum semua,

Ok! Kali ini memang da lama sangat tak makan rainbow cake. This cake was my second rainbow cake. Dulu pernah buat untuk Birthday Cake kawan. Seronok sangat kalau dapat makan kek warna-warni macam gini kan?

Rainbow cake ni memang sangat sesuai Birthday Cake.

Tapi semalam tak ada birthday sesiapa pun, my husband just like to eat rainbow cake. Hahaha!

So, sebab saja-saja nak makan, saya buat kek ini untuk dua orang sahaja. Memang kecil la. Lebih kurang saiz nya dalam 15cm diameter je. Kalau besar membazir pula kan. Nak buat besar pun bagus boleh bagi kat jiran-jiran dan kawan-kawan. Hihihi.

Tapi disebabkan this cake was just for 2 persons(tapi ada je lebih,boleh untuk 3@4 persons juga), so resepi nya juga hanya lah untuk kek yang sebesar 15cm sahaja. Dan juga hanyalah untuk 5 warna pelangi sahaja. HEHE.

Jom kita cuba buat!

Bahan A:

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 tea spoon baking powder
Bahan B:
  • 80g salted butter - suhu bilik (kalau anda guna unsalted butter, so dalam bahan A tu kena tambah sedikit garam tau)
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 3 biji telur putih - suhu bilik
  • 1 tea spoon esen vanila
  • 1 cawan susu segar - suhu bilik
  • pewarna- kuning, biru, ungu, merah, hijau
Cara-cara:
  1. Sediakan loyang saiz 15cm dan gris tepi loyang dengan butter dan juga alas bawah loyang  dengan baking paper.
  2. Panaskan oven pada suhu 170darjah.
  3. Ayak bahan A dan ketepikan.
  4. Dalam bekas lain, putar butter dan gula kastor hingga kembang atau butter akan bertukar menjadi warna putih.
  5. Masukkan putih telur dan esen vanila. Pukul lagi sampai gebu dan ringan.
  6. Kemudian perlahan speed mixer ke tahap paling perlahan sekali, masukkan bahan A berselang dengan susu segar. (Tepung kena berselang seli dengan susu segar. Dimulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Maksud nya : tepung - susu - tepung - susu - tepung - susu - tepung. point penting MESTI AKHIR DENGAN TEPUNG)
  7. Kemudian bahagikan adunan kepada 5 bekas. 
  8. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata.
  9. Masukkan adunan yang telah diletakkan pewarna ke dalam loyang
  10. Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven dengan suhu 170darjah selama 15minit atau kek benar-benar masak. (kalau oven anda besar dan muat untuk 2@3 loyang, boleh la bakar sekali gus)
  11. Bila dah masak, sejukkan atas redai.
  12. Kemudian teruskan membakar adunan yang lain pewarna hingga siap.
P/s : Jangan sesekali tindih kek bersama dengan kek lain. Nanti kek akan melekat antara satu sama lain.

Selepas atau sementara tunggu kek disejukkan, boleh la kita proceed untuk buat cream cheese frosting pula. 

Bahan-bahan:
  • 200g cream cheese
  • 120g gula
  • 120g butter

Cara-cara:
  • Putar semua bahan dengan electric mixer sehingga gebu dan ringan.
Untuk melapis :
  1. Mulakan satu lapis kek mengikut warna kegemaran.
  2. Sapukan sedikit cream cheese diatas nya dan ratakan.
  3. Letak lapisan kek yang bewarna lain diatasnya dan ulang langkah sebelum ini sehingga habis.
  4. Kemaskan sekeliling kek dengan lebihan cream cheese tadi.
  5. Hiaskan dengan kreativiti masing-masing. (saya guna coklat M&M je)
DONE!

SELAMAT MENCUBA!

p/s: kalau ada pape nak tanya dan tak faham, sila komen dibawah. ^_^

Posted by,
PLUS(+)

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Saya nak tanya kalau adunan ni kita nak letak serbuk coklat ada kesannya pada kek tak? Sbb saya nak buat 2 kaler je original n coklat. Tq 😀

    ReplyDelete