Wednesday, May 1, 2013

Donut Yum yum!

Hari kami nak sangat makan donut. So buat la. Memandangkan di Jepun ni memang jarang ada donut yang boleh makan.

Kalau dulu tak pela, boleh pegi beli jek di Mister Donut. Tapi sekarang ni, mostly donut di Mister Donut tak leh makan. Alahai. Kena la rajin buat sendiri kalau nak makan donut di negara orang ni.
Satu lagi kedai donut yang ok for muslim di Jepun ni adalah Crispy Creme(betol kot ek ejaan ni).

Mostly, Crispy Creme punya donut boleh makan. InsyaAllah.

Oh! jommmmm..masak donut-donut. macam Doraemon da. haha.

Bahan A:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar lelemak sayuran@shortening 
  • 3 sudu besar gula kastor
(senang nak ingat kan dia punye sukatan bahan A ni)

Bahan B:
  • 200ml air suam
  • 2 sudu teh instant yeast
  • ->20ml air tambahan jika perlu, ni bergantung pada jenis tepung anda
Cara penyediaan:
  1. Satukan semua bahan A. Masukkan bancuhan bahan B ke dalam bahan A. (Masukkan air tambahan jika perlu). Kemudian uli doh sehingga licin dan lembut.
  2. Terus terap atau bulat-bulatkan doh tadi.
  3. Biarkan selama 30minit@1jam supaya naik dua kali ganda.
  4. Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
  5. Salut dalam gula icing atau celup dalam coklat cair dan boleh la hias atas citarasa masing-masing.
Selamat mencuba!

Maybe dengan gambar-gambar tu boleh bagi semangat pada awak-awak nak buat donut yum-yum ni. hehe..

Tapi gambar kami tak secantik gambar di blog orang lain. huhu.

 ni la donut yang dibiarkan selama 30minit. yg mcm char kuew tu adalah hasil lebihan doh donut tu.. char kuew yang gemoookkkk!

 ni plak lebihan doh donut tu kami buat dia jadi roti goreng inti kacang.hehe..

 Jang jang jangggg.... donut dan roti goreng inti kacang yang da siap! hoyeeeaahh!

ni yang donut versi rajin sikit. haha. yummmeeaaahh!

SEKIAN!

Posted by,
PLUS(+)

No comments:

Post a Comment