Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 6, 2013

Macaroni Omelette Pizza

Salam semua,

Alhamdulillah. Hari ni hari last Golden Week di Jepun. So, sementara ada masa ni, tiba-tiba rasa nak masak makanan yang tak pernah masak before ni.
Sebelum ni ada tengok satu bangumi(rancangan@variety program) ni, buat pasal pasta dan macaroni. Tapi dia cakap yang macaroni dan pasta ni, di Jepun tak mendapat sambutan sangat. So, mereka perkenalkan makanan baru mereka yang menggunakan macaroni. Nama dia Macaroni Omelette. Then orang yang makan tu, dia komen yang makanan tu lebih kurang rasa macam piza.
Tiba-tiba terlintas yang kat rumah ni ada macaroni lebih buat macaroni goreng tu. Hehehehe.

Sooooo, search la dalam google resepi macam macaroni omelette piza. tapi sayangnya tak pernah orang buat lagi. Pastu kan. sebab bahan da beli, takkan la nak buat omelette je. Jadi nya, saya pun create la resepi sendiri. hahaha.

Alhamdulillah sedap jugak! Suami pun terkejut sebab dia kata sedap mcm makan pizza kat kedai je. Makanan ni nak kata pizza pon bukan jugak. Omelette pon bukan juga. Errrmmm. Tengah-tengah kottt. HAHAHA!

Papepo, kalau tak cuba buat tak tahu kan. hihihi. JOOOMMM!!

Bahan A:

  • 5 biji telur (saiz M)
  • macaroni - rebus hingga masak
  • 2 ulas bawang putih - dihiris halus-halus
  • sedikit campuran daun yang diperlukan untuk pizza. (basil+arugula) boleh rujuk gambar di bawah ni - dihiris halus-halus
sayuran untuk masak pizza. kalau kat Malaysia maybe ada je jual di mana-mana supermarket.

  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil gula
  • sedikit pepper (lada hitam+lada sulah)
Bahan B:
  • 200g udang tanpa kulit
  • secukup mixed cheese -  untuk ditabur atas pizza
  • sos pizza 
Ni la mixed cheese tu. Tabur je atas pizza anda.
Cara-cara:
  1. Campurkan semua bahan A dan kacau hingga sebati.
  2. Dalam frypan, goreng bahan A dengan sedikit minyak zaitun@olive oil hingga agak masak dibawahnya. (tak perlu balikkan macam selalu buat omelette tu)
  3. Alihkan omellete tadi ke dalam pinggan. 
  4. Susun bahan B diatas omellete tadi. (didahulukan dengan udang, then sos pizza. Lastly, mixed cheese)
  5. Bakar dengan suhu 230degree untuk 25minit atau sehingga udang masak. 
  6. Siap untuk dimakan dengan sos cili atau dimakan begitu sahaja.
SELAMAT MENCUBA!



Posted by,
PLUS(+)

No comments:

Post a Comment