Itu sebenarnya bilangan syarikat yang telah aku pergi mencari kerja di Jepun ni tetapi gagal untuk mendapatkan kerja.
Masih banyak syarikat untuk ditemuduga dalam bulan ini, moga-moga cepat-cepat dapat kerja kerana banyak lagi kerja di lab yang belum habis dikerjakan.
Beginila kehidupan orang jepun, Tahun akhir Degree atau Master atau Phd,mereka akan mula mencari peluang pekerjaan.
Belajar tak habis lagi boleh ke dah dapat kerja?
Perkara ini tak mustahil bagi jepun kerana itulah sistemnya, sebaik kerja dah ditemui, selesai sahaja sem terakhir mereka akan terus diserap masuk ke alam pekerjaan.
Senang ke nak dapat kerja di Jepun?
Bagi kami rakyat asing atau `alien` ini agak tough untuk dapatkan kerja kerana kami perlu bersaing dengan orang jepun sendiri. Kebolehan berbahasa Jepun dan English untuk orang Malaysia ini juga menjadi salah satu strong point untuk dapatkan kerja.
Dan proses untuk dapatkan kerja pon agak lama.
Sesi taklimat(syarikat) --->Exam--->temuduga1--->temuduga2--->temuduga3--->keputusan
Kadang-kadang ada yang sampai 5 kali temuduga baru dapat keputusan. Bagi aku sangat memeritkan tetapi dalam masa yang sama membantu mengebalkan diri dengan pengetahuan tambahan untuk dapatkan kerja.
#sekadar Lakaran
Posted by,
Minus(-)
No comments:
Post a Comment