Sunday, October 20, 2013

Chocolate Brownies

Assalamualaikum,

Ni nak share pasal brownies jek sebenarnya. hehehe

Ni da kali ke berapa try buat brownies ni. Asyik fail je.

Tapi usaha tangga kejayaan kan.

Alhamdulillah da jadi dan hubby pon puas hati sebab lastly jadi jugak.

Jom try buat sama-sama!

Bahan-bahan:

  • 125g marjerin
  • 1 1/2 cawan gula kastor 
  • 1/2 cawan sebuk kokoa
  • 2 biji telur
  • 1 tsp vanilla extract
  • 1/4 tsp garam
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1 tsp baking powder* (ayak bahan bertanda *)
  • 1 cawan chocolate chips
Cara-cara:
  1. Cairkan marjerin dan masukkan gula, serbuk kokoa, vanila extract dan garam.
  2. Tutup api dan biarkan sejuk sebentar.
  3. Masukkan telur sambil whisk dengan hand-whisk
  4. Masukkan bahan yang diayak tadi dan kaup balik sehingga sebati
  5. Masukkan chocolate chips
  6. Tuangkan ke dalam bekas bersaiz 18x28cm yang telah digris dengan sedikit marjerin dan juga dilapik dengan baking paper.
  7. Bakar pada suhu 170 degree selama 25-30 minit.
  8. Biarkan sejuk sebentar di dalam bekas sebelum keluarkannya. 
DONE!

Jadi la macam ni. Yang saya punya nampak je buruk rupanya, tapi sedap. hehehe


Rangup di luar macam biskut tapi lembut didalam macam moist chocolate cake. hehe

Posted by,
PLUS(+)




No comments:

Post a Comment