Tuesday, May 28, 2013

Isle of Man yang meragut nyawa turun temurun

Tahu TT race?

TT bermaksud Tourist Trophy.

kalau lelaki mesti tahu, kalo tak tahu tandanya anda tak minat dunia permotoran.

Berbalik pada topik, TT race ini adalah satu perlumbaan moto superbike yang spesel dari yang lain sebab track yang digunakan adalah track jalan raya biasa.

Terletaknya di salah satu pulau kecik di United Kingdom, perlumbaan ini menggunakan format `catat masa terpantas`.

So sape-sape rasa jentera serta skill penungganan moto anda sangat hebat, silalah sertai race ini.

Tapi, beranikah anda pandu jentera selaju otai-otai seperti dibawah?



Rasanya mamat rempit jalanan pun takut nk pecut selaju ini.


Apa yang menakutkan tentang TT race ini adalah ramai yang cuai sehingga meragut nyawa termasukla seorang legand dari jepun yang telah terbunuh semalam dalam sesi latihan tengah malam.

Pelumba ini bernama Yoshinari Matsushita,   berusia 43 tahun, pernah beberapa kali sertai TT race sebelum ini namun kali ini perlumbaan terakhir beliau.

Namun begitu, ade dua orang legend yang selalu survive and banyak kali dah menang race ini iaitu Joey Dunlop telah memenangi  perlumbaan ini sebanyak 26 kali diturut rapat oleh pesaing terhebat beliau iaitu John McGuinnes yang telah memenangi sebanyak 19 kali.

oleh kerana Joey Dunlop sudah lama meninggalkan dunia pada tahun 2000, sejak dari itu legend TT isle of Man ini dipegang oleh John McGuinnes.

Sedikit info tentang John McGuinnes.

p/s :aku pun peminat motor besau ni, tapi tak berani macam diorang.

Posted by,
MINUS(-)



Monday, May 27, 2013

Aku memang gila kereta

Hampir seluruh lelaki suka kereta!

Betul ke statement ini?

Aku salah sorang dari mereka kot. Beli kereta, modified, tukar tu tukar ini, kene bebel oleh isteri sebab habeskan duit untuk kereta, tu perkara biasa lelaki macam aku.

Minat kereta ni tebal sangat dalam diri ini, sane sini pergi, kenal orang tu,kenal orang ni.
Selama aku di jepun ni aku dah jumpa 2 orang otai motorsport, sorang orang malaysia n sorang lagi orang jepun.

Haip haip.

Setakat berada di jepun ni dah beberapa kali aku ikut orang race, diberi peluang menjadi pit crew dan juga macam-macam lagi.

Salah sorang otai itu adalah pakcik Hara.

Selepas kenal dia, banyak sangat dia tolong aku, servis kereta aku dengan harga murah, tolong aku setting kereta dan macam-macam lagi.

Gambar bersama team ketika di Sepang

before race

Model sepang track..#abang ipar kesayangan aku. haha

Kak long bersama minah jepun bertudung

Bersama Pak cik Hara ketika akad nikah
jauh dia dtg nk tgk aku kawen...terharuuuu

Pak cik Hara banyak ajar aku tentang kereta, selama aku lepak di pit kedai dia, dia tunjuk itu ini.

Buat kerja cermat dan bersih, tabik spring!

2nd team yang pernah aku join adalah team malaysia super GT300 Japan. team Thunder Asia.

Walaupun singkat bersama team ini, namun banyak pengalaman yang ditempuhi bersama.

Ini gambar ketika race di Motegi Twin Ring race track.

Bersama team gagah perkasa

 snapshoot 

 snapshoot

kereta yang menjadi tulang belakang

Tadaaaaaa, ni la kereta hambe, malu nk tunjuk..hukhuk

(^-^)


                                                         ahem-ahem

Spesifikasi:

  • 278Hp
  • yang lain rahsia...haha.

p/s: selagi ada peluang, selagi itu ilmu kereta dituntu


Posted by,
MINUS(-)

Sunday, May 26, 2013

Moist Chocolate-cheese layered cake

Assalamualaikum.

Kek ini saya buat sebenarnya sempena majlis Reunion batch husband saya minggu lepas di rumah kawan dia. Pagi-pagi lagi da buat kek ni sebabnya kul 2 tu ada tournament boling di Starlanes Takao. Sebenarnya diri ini bukan lah pandai sangat nak main boling. Hehehe. Tapi sebab nak join tournament boling tu tak perlu bayar apa-apa kan. So, apa lagi, memang ambil la kesempatan tu untuk main boling suka-suka dengan kawan-kawan. Oh! tournament tu hanyalah untuk pelajar negara luar. Mostly, budak Malaysia je yang join tournament tu sebabnya rumah junior kami tu belakang Starlanes tu je, so memang cepat je tahu pasal tournament tu dan memang setiap tahun Starlanes tu adakan tournament mcm ni.

Eh, bercerita pasal tournament boling pulak. Sori le. hehe

Ok. KEK!

Mana kek???

Disini!

Jom kita tengok resepi dia.

Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1 tbsp air
  • 1tbsp tepung gandum
Cara-cara:
  1. Putar cream cheese dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum.
  3. Pukul lagi dan gaul sebati.
  4. Biarkan sebentar.
Bahan B(Kek):
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 tsp esen vanila
  • 1/2 tsp garam
  • 1/2 cawan air panas didih
  • 1/2 cawan susu segar/susu cair
  • 1/2 cawan minyak masak/minyak sayuran/minyak jagung
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 3 tbsp serbuk koko (saya guna jenama Van Houten)
  • 1 tsp baking soda
  • 1/2 tsp baking powder(bahan bertanda * perlu diayak)
Cara-cara:
  1. Pukul telur didalam bekas lain sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan esen vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas, susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan bahan yang telah diayak. (bahan bertanda *)
  5. Biarkan sebentar dan bahagikan kepada 2 bahagian. (kiranya ada 2 adunan)
Cara memasak:
  1. Panaskan kukusan dan balut penutup kukusan dengan tuala/kain. Guna api sederhana shj.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega disekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang aduan cream cheese diatasnya, tutup semula dengan aluminium foil dan kukus lagi selama 15-20 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 20-25 minit atau sehingga kek masak.
  6. Selepas kek betul-betul sejuk, boleh potong dan hidangkan.
DONE!

SELAMAT MENCUBA!

Posted by,
PLUS(+)

Kesilapan Mentafsir Seseorang

Sekarang ini aku tahun akhir master di Takushoku University,Tokyo.

Ketika tahun 1 master aku mayo(blur) nak decide research theme. So, sensei bantu aku dengan tema simulation. Ketika tu memang blur abesla sebab tak tahu nape-nape tentang simulation.

Senpai ketika itu juga memang guna simulasi teknik dalam research beliau, cuma sepanjang tahun lepas aku cuba menuntut tunjuk ajar dari beliau tetapi nothing yang aku dapat.

Tup-tup setahun tak buat ape-ape. Cuma mentelaah robun-robun( research thesis) yang berkaitan.

Akhir sem tahun 1 master sensei ade cakap yang aku akan ade seorang kohai(junior) master nanti, so aku usya la sape orang tu, rupa-rupa nya kohai tahun 4 degree. Dalam lab selalu malas buat research macam aku...haha

Aku: Alaaa, dia ni ke.. Bole buat kerja ke?

Tu first impression aku terhadap dia.

Kini tahun akhir dah, tengok-tengok dia banyak tolong aku buat research. Hasil kerja simulasi aku buat tahun ni banyak dia tolong kirakan, kerja research yang berbondong-bondong tu banyak dia buat bersama aku.

ara-ara...bagusnya dia.....

Tanggapan aku selama ni salah, rupa-rupanya dia kohai bagus. Bersalah aku pada dia kerana tanggapan begitu.

p/s: Jangan sekali-kali salah menilai orang ye...buah yang lebam tak semestinya tak sedap..maybe manis..hehe


Posted by,
MINUS(-).

Thursday, May 23, 2013

Mee Udang versi Samurai@Sakura

Assalamualaikum wbt.

Korang tak pelik ke dengan tajuk post kali ini? Hihihi. Kenapa Samurai@Sakura??

Haaaaaa. Kalau kita sebut jek nama Samurai@Sakura, apa yang korang bayangkan?

Konfem JEPUN kan? haha. ok! BTOL!

Now, for this post, actually saya just nak share dengan korang pasal mee udang yang saya buat semalam. Mula-mula tu agak cuak nak buat lepas tengok bahan apa yang patut guna. Mesti korang pelik lagi sekali, apa yang cuak sangat nak buat mee udang nya, SENANG kot!

Oh no no no no! Tidak lah senang bagi saya yang berada di Jepun ini kerana kekurangan bahan untuk buat apa-apa makanan Malaysia (certain barang memang tak ada jual di supermarket Jepun tau).

Bahan apa yang saya khuatiri tak ada??

Haaaaaaa!

UDANG KERING! (ala udang kering je pun kan? hahaha)

Tapi sebab nak sangat makan mee udang ni, saya beranikan diri kononnya nak 'oter'. (Kalau tak ada pun tak pe kot)

Then, pergi la ke supermarket beli barang. Lalalalalala......

Masa tengah cari barang yang diperlukan, tiba-tiba saya terjumpa itu UDANG KERING! hahaha.

GUMBIRAAAAAAAAAAAAA.

Balik umah apa lagiiiiiiii........................ketung ketang ketung ketang !

SIAP! ^_^

Mee udang! 

Nampak best kan? Hihihii.

Jom kita tengok resepi dia....

Bahan-bahan:
  • 500g Mee kuning (kalau di Jepun ni, saya guna mee yakisoba)
  • 12 ekor atau lebih udang 
  • 2 sudu besar cili boh
  • 1/2 biji bawang besar * (kalau resepi asal nya guna bawang merah, tapi di Jepun jarang ada bawang merah)
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 3-4 sudu besar udang kering *
  • 1 1/2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 1/2 sudu besar sos ikan/udang
  • 1/2 sudu besar belacan
  • 1/2 kiub pati ayam
Bahan untuk makan bersama mee udang:
  • taugeh
  • sayur sawi
  • telur rebus
  • chikuwa (kalau tengok pada gambar tu, yang bulat ada lubang tu) - sebab tak ada tauhu goreng 
Cara-cara: 
  1. Rebus udang sehingga udang masak. Asingkan udang dan air rebusan. Jangan buang air rebusan udang.
  2. Sementara merebus udang, kisar bahan bertanda * sehingga lumat.
  3. Tumis cili boh sehingga agak garing dan masukkan bahan bertanda * yang telah dikisar. Tumis sehingga agak garing dan naik bau.
  4. Masukkan air rebusan udang tadi ke dalam bahan tumis.
  5. Masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan/udang, belacan dan pati ayam. 
  6. Tambahlah sedikit garam atau gula jika perlu. Kuah mee udang siap!
  7. Celor mee kuning, taugeh dan sayur sawi. 
  8. Sedia untuk makan. 

Mee Udang bersama belon sambutan birthday saya pada 22 mei hari tu. hehe

SELAMAT MENCUBA!

Kuasa Tuhan Mengatasi segalanya

Seminggu berlalu dengan last post.

Hari ini ingin aku kongsikan sedikit peringatan buat diri sendiri dan juga manusia lain.

Isnin lalu Oklahoma,US dikejutkan dengan puting beliung yang sangat besar dan dasyat merosakkan semua benda yang dilaluinya.

Kuasa puting beliung yang melanda Oklahoma kali ni dikatakan berganda-ganda dari bom atom yang digugurkan oleh US ke Hiroshima dulu.

Bagaimana puting beliung ni terjadi? kenapa selalu saja berlaku di US?

"Puting beliung boleh terjadi hasil aktiviti di dalam awan kumulonimbus yang besar semasa ribut petir dahsyat. Puting beliung juga boleh berlaku bersama taufan. Dalam kebanyakan ribut petir yang berlaku di dunia, udara panas naik membawa wap air dan membentuk awan kumulonimbus dan hujan membawa udara sejuk ke bawah pada tempat yang sama, oleh itu angin ribut kencang tidak terbentuk. Tetapi sesetengah ribut petir pula menghasilkan angin kencang di dalam awan akibat turun naik udara panas dan sejuk secara serentak serta turun naik udara panas dan sejuk yang tidak berlaku pada tempat yang sama, dikenali sebagai fenomena angin ricih. Sekiranya angin ricih kencang tersebut berubah bentuk daripada melintang di dalam awan kepada menegak, angin kencang berbentuk corong akan terbentuk dan pusaran angin berbentuk corong tersebut dikenali sebagai puting beliung."
Sebahagian gambar yang diambil ketika dan selepas berlaku tornedo ini.
 Besarnye

Laluan puting beliung

 Laluan puting beliung

 Mencari mangsa terselamat 

  Mencari mangsa terselamat 


Kalau dilihatkan dari Rekod penganalisis tordeno US, Tornedo banyak berlaku di sebelah barat Us.

#Hasil rekod kejadian Tornedo

Tapi, kalau difikirkan balik kenapa banyak sangat Allah bagi bala kat manusia ni? 

Sebab manusia lupa siapa tuhan mereka.


Sedikit sedutan puting beliung yang telah berlaku.


p/s: Muhasabahkan diri.




Posted by,
Minus(-)

Wednesday, May 15, 2013

Misi Ke Utara

Lai lai lai, JR East Pass Special muncul kembali!

Destinasi yang bole dituju melalui special pass ini adalah sedekat-dekat Nagano,Niigata,Shinjo,Sendai,Morioka,Akita,Yamagata dan sejauh-jauh Hachinohe serta Shin-Aomori.

Harga untuk dewasa serendah 15,000yen dan kanak-kanak 7,500yen sahaja. Anda boleh guna tiket ini untuk  3 hari berturut-turut dalam 10 hari dari tarikh tiket dibeli. Bagi yang datang dari Malaysia ke mana-mana negara sekali pon ini memang berbaloi, お得!



Antara jenis shinkansen yang anda bole nikmati dengan special pass ini adalah Series E5 dan juga Series E2!

 Series E2(Yamabiko)

Series E5(Hayabusa)




laluan Shinkansen utara jepun

Cepat-cepat, Special Pass ini hanya valid sehingga hujung bulan 6 sahaja! 期間限定!

Tiket ini bole dibeli di Malaysia! Jangan lepaskan peluang ini!


Untuk maklumat lanjut sila layari page rasmi JR East Japan.

p/s: kami dah, anda bila lagi...ini kalilah!

Posted by,
Minus(-)

4 Down and more to go!

Apa yang 4 tu?

Itu sebenarnya bilangan syarikat yang telah aku pergi mencari kerja di Jepun ni tetapi gagal untuk mendapatkan kerja.

Masih banyak syarikat untuk ditemuduga dalam bulan ini, moga-moga cepat-cepat dapat kerja kerana banyak lagi kerja di lab yang belum habis dikerjakan.

Beginila kehidupan orang jepun, Tahun akhir Degree atau Master atau Phd,mereka akan mula mencari peluang pekerjaan.

Belajar tak habis lagi boleh ke dah dapat kerja?

Perkara ini tak mustahil bagi jepun kerana itulah sistemnya, sebaik kerja dah ditemui, selesai sahaja sem terakhir mereka akan terus diserap masuk ke alam pekerjaan.

Senang ke nak dapat kerja di Jepun?

Bagi kami rakyat asing atau `alien` ini agak tough untuk dapatkan kerja kerana kami perlu bersaing dengan orang jepun sendiri. Kebolehan berbahasa Jepun dan English untuk orang Malaysia ini juga menjadi salah satu strong point untuk dapatkan kerja.

Dan proses untuk dapatkan kerja pon agak lama.


Sesi taklimat(syarikat) --->Exam--->temuduga1--->temuduga2--->temuduga3--->keputusan

Kadang-kadang ada yang sampai 5 kali temuduga baru dapat keputusan. Bagi aku sangat memeritkan tetapi dalam masa yang sama membantu mengebalkan diri dengan pengetahuan tambahan untuk dapatkan kerja.

#sekadar Lakaran

p/s: Bila nak dapat kerja ni?.......dalam proses!


Posted by,
Minus(-)

Sunday, May 12, 2013

Rainbow Cake a.k.a Kek Pelangi


Assalamualaikum semua,

Ok! Kali ini memang da lama sangat tak makan rainbow cake. This cake was my second rainbow cake. Dulu pernah buat untuk Birthday Cake kawan. Seronok sangat kalau dapat makan kek warna-warni macam gini kan?

Rainbow cake ni memang sangat sesuai Birthday Cake.

Tapi semalam tak ada birthday sesiapa pun, my husband just like to eat rainbow cake. Hahaha!

So, sebab saja-saja nak makan, saya buat kek ini untuk dua orang sahaja. Memang kecil la. Lebih kurang saiz nya dalam 15cm diameter je. Kalau besar membazir pula kan. Nak buat besar pun bagus boleh bagi kat jiran-jiran dan kawan-kawan. Hihihi.

Tapi disebabkan this cake was just for 2 persons(tapi ada je lebih,boleh untuk 3@4 persons juga), so resepi nya juga hanya lah untuk kek yang sebesar 15cm sahaja. Dan juga hanyalah untuk 5 warna pelangi sahaja. HEHE.

Jom kita cuba buat!

Bahan A:

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 tea spoon baking powder
Bahan B:
  • 80g salted butter - suhu bilik (kalau anda guna unsalted butter, so dalam bahan A tu kena tambah sedikit garam tau)
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 3 biji telur putih - suhu bilik
  • 1 tea spoon esen vanila
  • 1 cawan susu segar - suhu bilik
  • pewarna- kuning, biru, ungu, merah, hijau
Cara-cara:
  1. Sediakan loyang saiz 15cm dan gris tepi loyang dengan butter dan juga alas bawah loyang  dengan baking paper.
  2. Panaskan oven pada suhu 170darjah.
  3. Ayak bahan A dan ketepikan.
  4. Dalam bekas lain, putar butter dan gula kastor hingga kembang atau butter akan bertukar menjadi warna putih.
  5. Masukkan putih telur dan esen vanila. Pukul lagi sampai gebu dan ringan.
  6. Kemudian perlahan speed mixer ke tahap paling perlahan sekali, masukkan bahan A berselang dengan susu segar. (Tepung kena berselang seli dengan susu segar. Dimulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Maksud nya : tepung - susu - tepung - susu - tepung - susu - tepung. point penting MESTI AKHIR DENGAN TEPUNG)
  7. Kemudian bahagikan adunan kepada 5 bekas. 
  8. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata.
  9. Masukkan adunan yang telah diletakkan pewarna ke dalam loyang
  10. Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven dengan suhu 170darjah selama 15minit atau kek benar-benar masak. (kalau oven anda besar dan muat untuk 2@3 loyang, boleh la bakar sekali gus)
  11. Bila dah masak, sejukkan atas redai.
  12. Kemudian teruskan membakar adunan yang lain pewarna hingga siap.
P/s : Jangan sesekali tindih kek bersama dengan kek lain. Nanti kek akan melekat antara satu sama lain.

Selepas atau sementara tunggu kek disejukkan, boleh la kita proceed untuk buat cream cheese frosting pula. 

Bahan-bahan:
  • 200g cream cheese
  • 120g gula
  • 120g butter

Cara-cara:
  • Putar semua bahan dengan electric mixer sehingga gebu dan ringan.
Untuk melapis :
  1. Mulakan satu lapis kek mengikut warna kegemaran.
  2. Sapukan sedikit cream cheese diatas nya dan ratakan.
  3. Letak lapisan kek yang bewarna lain diatasnya dan ulang langkah sebelum ini sehingga habis.
  4. Kemaskan sekeliling kek dengan lebihan cream cheese tadi.
  5. Hiaskan dengan kreativiti masing-masing. (saya guna coklat M&M je)
DONE!

SELAMAT MENCUBA!

p/s: kalau ada pape nak tanya dan tak faham, sila komen dibawah. ^_^

Posted by,
PLUS(+)

Saturday, May 11, 2013

Santai Melihat keindahan Jepun di Okutama Gawa

Kami tinggal di Bandar Hachioji,Tokyo. Untuk pergi melihat kawasan hijau di Tokyo ni kamilah yang paling dekat berbanding kawan-kawan lain. Di jepun ni walaupun Hutannya berbatu tapi sebenarnya hutan hijau masih banyak dan lebih terpelihara berbanding tempat-tempat lain. Habis je musim sejuk kami biasa ke sungai untuk mandi manda atau berBBQ.

Soo...Minggu lepas aku dan kawan-kawan telah ke Hatonosu iaitu suatu tempat di Okutama.
Oleh kerana sungai disana amat bersih dan suasana kampung berbukit bukau dan sentiasa menanbat hati untuk kesana tiap-tiap tahun.

Hatonosu 1

 Hatonosu 2


Hatonosu 3

Hatonosu 4

p/s: Belum musim panas dah kesana. Mandi sungai sejuk mcm ais hanya syok untuk 5 saat je..hehe


Posted by,
Minus(-)

Tuesday, May 7, 2013

Aktiviti tanam pokok lada

Assalamualaikum.

This time bukan pasal resepi tapi pasal aktiviti saya minggu lepas mengenai bermula nya minat untuk tanam pokok lada di Jepun.

Memang di supermarket Jepun ni tak ada jual lada sebab mereka orang Jepun mana la makan makanan pedas-pedas. Kita orang Malaysia ni memang tak boleh la kalau tak ada lada. Tambahan pula siapa yang minat sambal belacan. Huish! Pantang tu. Hehehe.

Saya terfikir juga di Jepun ini mampu ke pokok lada untuk hidup??

Ermmm, pape pon saya tanam je dulu. Tak tahu la dia nak tumbuh ke idok. hihihihi.

Di Jepun ni senang je, tak payah nak susahkan diri pergi gali tanah ke cari tahi ayam ke untuk buat baja. hahaha. Semua da siap! Siap jual di kedai. hehehe. Hanya bawa duit 500 yen je, anda mampu memiliki barang yang diperlukan untuk menanam segala jenis pokok. Senang kan??

Ok. Bagi saya yang mahu tanam pokok lada ni, memang la amat memerlukan biji lada.

Mana saya dapat? Haaaa... Konfem la dari Malaysia ku tercinta! hahaha

Mak mentua saya sangat baik hati sebab bagi 1kilo lada merah terus untuk bawa ke Jepun masa balik cuti musim bunga yang bulan lepas. So, balik sini hari tu terus buat sambal belacan.

Tapi masih ada lebih. SEKILO kot! haha. Memang banyak sangat..still lagi ada banyak dalam peti ais tu even da bagi kat kawan-kawan. Lama-lama konfem la rosak dan lembik dan buruk kan?

Jadi nya tu la yang tiba-tiba je nak tanam pokok supaya tak ada la nanti nak bawa dari Malaysia dan ulang lagi pembaziran lada tu. SAY NO TO MEMBAZIR! haha.

So, lets check it out!

Saya beli sume barang-barang ni di kedai DAISO. Kalau tak silap kat Malaysia pon da ada DAISO kan? Senang keje. hihihi.

Ni kat DAISO ni siap ada soil for vegetables lagi. Dengan harga 105yen. MURAH & SENANG!

Ni pulak manure of vegetables. Sebenarnya saya tak pasti benda ni apa. Tapi buat je macam arahan di belakang plastik ni. HAHAHA! 
Harga ni pun 105yen.

Ni pencedok(?) pasir. Ini juga 105yen.

Ni memang konfem perlu! Semua tahu kan benda ni apa. Ini juga harga 105yen.

Ni biji lada yang telah siap dikeluarkan dari buah dia. Ni tak ada harga. HEHEHE.

Total semua barang yang diperlukan hanyalah 420yen. Tengok still ada balance duit 500yen tadi. 

JIMAT kan?

TADA! Ini la hasil gaulan pasir dan baja tadi. 



So lepas ini kerja nya kena SABAR dan SIRAM je setiap hari. 
Da USAHA jadi kita TAWAQAL. 

Maybe hasilnya paling cepat 1 bulan kot ek?

Nanti kita tengok hasilnya. ^_^

Posted by,
PLUS(+)


Monday, May 6, 2013

Kuey Teow Goreng


 Assalamualaikum semua,

Kali ni pula bukan resepi kek atau dessert. Yang resepi ni boleh jadi dinner atau lunch. Hehehe.
Sebenarnya, tiba-tiba boleh terbuat makanan ni kerana sekarang baru tahu ada di jual kuey teow di Jepun ni. Mak haih! Apa laaaagi. EKSAITED la!!! hihihi. So, meh. Scroll ke baawah lagi jangan tak scroll. hehehe

Gambar ni maybe boleh membantu anda yang berada di Jepun untuk mencari kuey teow yang macam mana tuuu..



Actually, kuey teow yang diwar-warkan ni sejenis Udon (seperti gambar dibawah). Tapi kuey teow Jepun ni udon versi penyet. HAHA!



Papepon, tetap sedap je. Apa ditunggu lagi. Jom MASAK!

Bahan A:

  • 2 ulas bawang putih 
  • 1/2 bawang besar
  • 1 sudu besar cili boh/cili kisar
Bahan B:
  • 2 paket kuew teow Jepun - dalam bahasa Jepun nya ialah Kimeshi Men (きめしめん)
  • 200g udang 
  • 1 biji telur - saiz M
  • 100g taugeh
  • 4-5 helai daun kuchai - kalau di Jepun dia panggil daun NIRA (ada gambar untuk rujukan)
  • secukup rasa garam dan gula (jika perlu)
  • secukup rasa sos tiram dan sos kicap
Cara-cara:
  1. Celor 2paket kuew teow di dalam air panas sehingga lembut.
  2. Kisar bahan A sehingga betul-betul lumat.
  3. Masukkan bahan A yang telah dikasar ke dalam kuali untuk ditumis. 
  4. Tumis bahan A sehingga agak-agak masak. 
  5. Masukkan bahan B.
  6. Gaul sebati dan sedia untuk di hidang.
Daun nira dalam bahasa jepun. Kalau bahasa Melayu ialah daun kuchai.

SELAMAT MENCUBA!

Posted by,
PLUS(+)

Marble Choc Banana Cake


Assalamualaikum.

Resepi laaaaagi. haha. Ni memang pulak bukan nak sangat makan kek pisang. Tapi pisang yang hubby beli da banyak sangat lebam-lebam. Daripada membazir kan elok kalo kita buat something yang boleh menyebabkan kita boleh makan lagi pisang yang da lebam-lebam tuuuu. hehe.
Di jepun pisang Filiphina je yang sedap di makan begitu sajaaaaa.. mcm Gardenia tuuu. haha. ok mengarut da niiii.
ok!

Here we share the recipe.
Bismillah!

Bahan A:

  • 4 batang pisang Filiphina@ 150gram pisang - dilecek
  • 100g tepung mixpancake
  • 90g tepung gandum
  • 150g gula kastor
  • 3 biji telur - di jepun saya guna telur saiz M
  • 120ml minyak sayuran@minyak masak
  • 1 sudu teh ovalette - ni tak ada dijual di Jepun, makanya bawa dari Malaysia.
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
  • 2 sudu susu segar - saya guna susu Meiji

Bahan B:

  • 2 sudu besar serbuk coco + 1 sudu besar air panas - bancuh untuk jadikan coklat pes (saya guna serbuk coco Van Houten)

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan A dan putar dengan mixer dengan sebati dan hingga adunan nampak putih gebu.
  2. Bahagikan kepada dua bahagian : (a) Adunan campur dengan bahan B (b) Adunan yang tidak dicampur dengan bahan B
  3. Kemudian marblekan ikut citarasa masing-masing ke dalam loyang yang telah digris dengan sedikit marjerin atau butter atau minyak masak.
  4. Bakar dengan suhu 170 darjah selama 45-50 minit
SELAMAT MENCUBA!





Posted by,
PLUS(+)

Macaroni Omelette Pizza

Salam semua,

Alhamdulillah. Hari ni hari last Golden Week di Jepun. So, sementara ada masa ni, tiba-tiba rasa nak masak makanan yang tak pernah masak before ni.
Sebelum ni ada tengok satu bangumi(rancangan@variety program) ni, buat pasal pasta dan macaroni. Tapi dia cakap yang macaroni dan pasta ni, di Jepun tak mendapat sambutan sangat. So, mereka perkenalkan makanan baru mereka yang menggunakan macaroni. Nama dia Macaroni Omelette. Then orang yang makan tu, dia komen yang makanan tu lebih kurang rasa macam piza.
Tiba-tiba terlintas yang kat rumah ni ada macaroni lebih buat macaroni goreng tu. Hehehehe.

Sooooo, search la dalam google resepi macam macaroni omelette piza. tapi sayangnya tak pernah orang buat lagi. Pastu kan. sebab bahan da beli, takkan la nak buat omelette je. Jadi nya, saya pun create la resepi sendiri. hahaha.

Alhamdulillah sedap jugak! Suami pun terkejut sebab dia kata sedap mcm makan pizza kat kedai je. Makanan ni nak kata pizza pon bukan jugak. Omelette pon bukan juga. Errrmmm. Tengah-tengah kottt. HAHAHA!

Papepo, kalau tak cuba buat tak tahu kan. hihihi. JOOOMMM!!

Bahan A:

  • 5 biji telur (saiz M)
  • macaroni - rebus hingga masak
  • 2 ulas bawang putih - dihiris halus-halus
  • sedikit campuran daun yang diperlukan untuk pizza. (basil+arugula) boleh rujuk gambar di bawah ni - dihiris halus-halus
sayuran untuk masak pizza. kalau kat Malaysia maybe ada je jual di mana-mana supermarket.

  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil gula
  • sedikit pepper (lada hitam+lada sulah)
Bahan B:
  • 200g udang tanpa kulit
  • secukup mixed cheese -  untuk ditabur atas pizza
  • sos pizza 
Ni la mixed cheese tu. Tabur je atas pizza anda.
Cara-cara:
  1. Campurkan semua bahan A dan kacau hingga sebati.
  2. Dalam frypan, goreng bahan A dengan sedikit minyak zaitun@olive oil hingga agak masak dibawahnya. (tak perlu balikkan macam selalu buat omelette tu)
  3. Alihkan omellete tadi ke dalam pinggan. 
  4. Susun bahan B diatas omellete tadi. (didahulukan dengan udang, then sos pizza. Lastly, mixed cheese)
  5. Bakar dengan suhu 230degree untuk 25minit atau sehingga udang masak. 
  6. Siap untuk dimakan dengan sos cili atau dimakan begitu sahaja.
SELAMAT MENCUBA!



Posted by,
PLUS(+)