Thursday, May 23, 2013

Mee Udang versi Samurai@Sakura

Assalamualaikum wbt.

Korang tak pelik ke dengan tajuk post kali ini? Hihihi. Kenapa Samurai@Sakura??

Haaaaaa. Kalau kita sebut jek nama Samurai@Sakura, apa yang korang bayangkan?

Konfem JEPUN kan? haha. ok! BTOL!

Now, for this post, actually saya just nak share dengan korang pasal mee udang yang saya buat semalam. Mula-mula tu agak cuak nak buat lepas tengok bahan apa yang patut guna. Mesti korang pelik lagi sekali, apa yang cuak sangat nak buat mee udang nya, SENANG kot!

Oh no no no no! Tidak lah senang bagi saya yang berada di Jepun ini kerana kekurangan bahan untuk buat apa-apa makanan Malaysia (certain barang memang tak ada jual di supermarket Jepun tau).

Bahan apa yang saya khuatiri tak ada??

Haaaaaaa!

UDANG KERING! (ala udang kering je pun kan? hahaha)

Tapi sebab nak sangat makan mee udang ni, saya beranikan diri kononnya nak 'oter'. (Kalau tak ada pun tak pe kot)

Then, pergi la ke supermarket beli barang. Lalalalalala......

Masa tengah cari barang yang diperlukan, tiba-tiba saya terjumpa itu UDANG KERING! hahaha.

GUMBIRAAAAAAAAAAAAA.

Balik umah apa lagiiiiiiii........................ketung ketang ketung ketang !

SIAP! ^_^

Mee udang! 

Nampak best kan? Hihihii.

Jom kita tengok resepi dia....

Bahan-bahan:
  • 500g Mee kuning (kalau di Jepun ni, saya guna mee yakisoba)
  • 12 ekor atau lebih udang 
  • 2 sudu besar cili boh
  • 1/2 biji bawang besar * (kalau resepi asal nya guna bawang merah, tapi di Jepun jarang ada bawang merah)
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 3-4 sudu besar udang kering *
  • 1 1/2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 1/2 sudu besar sos ikan/udang
  • 1/2 sudu besar belacan
  • 1/2 kiub pati ayam
Bahan untuk makan bersama mee udang:
  • taugeh
  • sayur sawi
  • telur rebus
  • chikuwa (kalau tengok pada gambar tu, yang bulat ada lubang tu) - sebab tak ada tauhu goreng 
Cara-cara: 
  1. Rebus udang sehingga udang masak. Asingkan udang dan air rebusan. Jangan buang air rebusan udang.
  2. Sementara merebus udang, kisar bahan bertanda * sehingga lumat.
  3. Tumis cili boh sehingga agak garing dan masukkan bahan bertanda * yang telah dikisar. Tumis sehingga agak garing dan naik bau.
  4. Masukkan air rebusan udang tadi ke dalam bahan tumis.
  5. Masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan/udang, belacan dan pati ayam. 
  6. Tambahlah sedikit garam atau gula jika perlu. Kuah mee udang siap!
  7. Celor mee kuning, taugeh dan sayur sawi. 
  8. Sedia untuk makan. 

Mee Udang bersama belon sambutan birthday saya pada 22 mei hari tu. hehe

SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment