Monday, May 6, 2013

Marble Choc Banana Cake


Assalamualaikum.

Resepi laaaaagi. haha. Ni memang pulak bukan nak sangat makan kek pisang. Tapi pisang yang hubby beli da banyak sangat lebam-lebam. Daripada membazir kan elok kalo kita buat something yang boleh menyebabkan kita boleh makan lagi pisang yang da lebam-lebam tuuuu. hehe.
Di jepun pisang Filiphina je yang sedap di makan begitu sajaaaaa.. mcm Gardenia tuuu. haha. ok mengarut da niiii.
ok!

Here we share the recipe.
Bismillah!

Bahan A:

  • 4 batang pisang Filiphina@ 150gram pisang - dilecek
  • 100g tepung mixpancake
  • 90g tepung gandum
  • 150g gula kastor
  • 3 biji telur - di jepun saya guna telur saiz M
  • 120ml minyak sayuran@minyak masak
  • 1 sudu teh ovalette - ni tak ada dijual di Jepun, makanya bawa dari Malaysia.
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
  • 2 sudu susu segar - saya guna susu Meiji

Bahan B:

  • 2 sudu besar serbuk coco + 1 sudu besar air panas - bancuh untuk jadikan coklat pes (saya guna serbuk coco Van Houten)

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan A dan putar dengan mixer dengan sebati dan hingga adunan nampak putih gebu.
  2. Bahagikan kepada dua bahagian : (a) Adunan campur dengan bahan B (b) Adunan yang tidak dicampur dengan bahan B
  3. Kemudian marblekan ikut citarasa masing-masing ke dalam loyang yang telah digris dengan sedikit marjerin atau butter atau minyak masak.
  4. Bakar dengan suhu 170 darjah selama 45-50 minit
SELAMAT MENCUBA!





Posted by,
PLUS(+)

No comments:

Post a Comment