Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 6, 2013

Kuey Teow Goreng


 Assalamualaikum semua,

Kali ni pula bukan resepi kek atau dessert. Yang resepi ni boleh jadi dinner atau lunch. Hehehe.
Sebenarnya, tiba-tiba boleh terbuat makanan ni kerana sekarang baru tahu ada di jual kuey teow di Jepun ni. Mak haih! Apa laaaagi. EKSAITED la!!! hihihi. So, meh. Scroll ke baawah lagi jangan tak scroll. hehehe

Gambar ni maybe boleh membantu anda yang berada di Jepun untuk mencari kuey teow yang macam mana tuuu..



Actually, kuey teow yang diwar-warkan ni sejenis Udon (seperti gambar dibawah). Tapi kuey teow Jepun ni udon versi penyet. HAHA!



Papepon, tetap sedap je. Apa ditunggu lagi. Jom MASAK!

Bahan A:

  • 2 ulas bawang putih 
  • 1/2 bawang besar
  • 1 sudu besar cili boh/cili kisar
Bahan B:
  • 2 paket kuew teow Jepun - dalam bahasa Jepun nya ialah Kimeshi Men (きめしめん)
  • 200g udang 
  • 1 biji telur - saiz M
  • 100g taugeh
  • 4-5 helai daun kuchai - kalau di Jepun dia panggil daun NIRA (ada gambar untuk rujukan)
  • secukup rasa garam dan gula (jika perlu)
  • secukup rasa sos tiram dan sos kicap
Cara-cara:
  1. Celor 2paket kuew teow di dalam air panas sehingga lembut.
  2. Kisar bahan A sehingga betul-betul lumat.
  3. Masukkan bahan A yang telah dikasar ke dalam kuali untuk ditumis. 
  4. Tumis bahan A sehingga agak-agak masak. 
  5. Masukkan bahan B.
  6. Gaul sebati dan sedia untuk di hidang.
Daun nira dalam bahasa jepun. Kalau bahasa Melayu ialah daun kuchai.

SELAMAT MENCUBA!

Posted by,
PLUS(+)

No comments:

Post a Comment