Sekarang ini aku tahun akhir master di Takushoku University,Tokyo.
Ketika tahun 1 master aku mayo(blur) nak decide research theme. So, sensei bantu aku dengan tema simulation. Ketika tu memang blur abesla sebab tak tahu nape-nape tentang simulation.
Senpai ketika itu juga memang guna simulasi teknik dalam research beliau, cuma sepanjang tahun lepas aku cuba menuntut tunjuk ajar dari beliau tetapi nothing yang aku dapat.
Tup-tup setahun tak buat ape-ape. Cuma mentelaah robun-robun( research thesis) yang berkaitan.
Akhir sem tahun 1 master sensei ade cakap yang aku akan ade seorang kohai(junior) master nanti, so aku usya la sape orang tu, rupa-rupa nya kohai tahun 4 degree. Dalam lab selalu malas buat research macam aku...haha
Aku: Alaaa, dia ni ke.. Bole buat kerja ke?
Tu first impression aku terhadap dia.
Kini tahun akhir dah, tengok-tengok dia banyak tolong aku buat research. Hasil kerja simulasi aku buat tahun ni banyak dia tolong kirakan, kerja research yang berbondong-bondong tu banyak dia buat bersama aku.
ara-ara...bagusnya dia.....
Tanggapan aku selama ni salah, rupa-rupanya dia kohai bagus. Bersalah aku pada dia kerana tanggapan begitu.
p/s: Jangan sekali-kali salah menilai orang ye...buah yang lebam tak semestinya tak sedap..maybe manis..hehe
Posted by,
MINUS(-).
No comments:
Post a Comment