Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 20, 2013

Kek Pelangi lagiiiii

Assalamualaikum,

Da lama tak update pasal resepi kan? Kali ni pasal resepi kek pelangi @ rainbow cake. Tapi this time, kek ni untuk saiz yang besar sikit. Before ni kan resepi untuk kek saiz kecil.

Kalau any of you nak resepi yang saiz kecil boleh la klik di sini

Actually, kek ni dibuat sempena nak makan-makan sambil usrah minggu lepas. Alhamdulillah semua ahli usrah yang makan kek ni suka. Jazakillah semua.

Kek pelangi yang saya buat ni tak adalah ikut semua warna pelangi. Saya buat 5 warna je. Hihihi.

Because SHARING IS AWESOME! So, nak share la resepi ni to anyone yang suka nak buat kek ni.


Jom kita tengok resepi kek ni.

KEK
Bahan A:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 tsp baking powder
  • 1/2 tsp garam

Bahan B:

  • 1 cawan butter - suhu bilik
  • 2 cawan gula kastor
  • 5 biji putih telur - suhu bilik
  • 2 tsp esen vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik
  • pewarna - merah, kuning, hijau, biru, ungu. 

Cara-cara:

  1. Sediakan loyang 18cm dan gris tepi loyang dengan butter dan juga alas bawah loyang dengan baking paper.
  2. Panaskan oven pada suhu 170 darjah.
  3. Ayak bahan A dan ketepikan.
  4. Dalam bekas lain putar butter dan gula kastor hingga kembang atau butter akan bertukar menjadi warna putih. 
  5. Masukkan putih telur dan esen vanila. Pukul lagi sampai gebu dan ringan. 
  6. Kemudian perlahankan kelajuan electric mixer ke tahap paling perlahan sekali dan masukkan bahan A berselang dengan susu segar. (Tepung kena berselang-seli dengan susu segar. Dimulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Maksudnya : tepung - susu - tepung - susu - tepung - susu - tepung. point PENTING MESTI AKHIR DENGAN TEPUNG
  7. Kemudian bahagikan adunan kepada 5 bekas. (ni ada tips tau untuk asingkan dengan mudah. Tapi actually depend on cara masing-masing. )
  8. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata.
  9. Masukkan adunan yang telah diletakkan pewarna ke dalam loyang. 
  10. Bakar adunan tadi satu persatu didalam oven dengan suhu 170 darjah selama 15 minit atau sehingga kek benar-benar masak. (kalau oven anda besar dan muat untuk 2@3 loyang, boleh la bakar sekali gus.)
  11. Bila da masak, sejukkan atas redai.
  12. Kemudian teruskan membakar adunan yang lain sehingga siap.
P/s : Jangan sesekali tindih kek bersama dengan kek lain. Nanti kek akan melekat antara satu sama lain.

Sementara tunggu kek disejukkan, boleh la kita proceed untuk buat cream cheese frosting ye.

CREAM CHEESE FROSTING
Bahan-bahan:
  • 250g cream cheese
  • 120g gula
  • 125g butter
Cara-cara:
  • Putar semua bahan dengan electric mixer sehingga gebu dan ringan.
UNTUK MELAPIS
  1. Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran.
  2. Sapukan sedikit frosting diatasnya dan ratakan.
  3. Menggunakan pengayak, ayak serbuk koko@coklat diatas frosting tadi sehingga rata.
  4. Letakkan lapisan kek yang bewarna lain diatasnya dan ulang langkah 2 dan 3 sehingga habis.
  5. Kemaskan sekeliling tepi kek dengan lebihan frosting tadi. 
  6. Hiaskan dengan kreativiti masing-masing (Kali ini saya hias guna lebihan frosting tadi dan juga READY-TO-USE Wilton Icing)
SELAMAT MENCUBA!




Ni la Wilton Icing yang saya guna untuk hiasan tulisan `IBTISAM` dan rainbow tu.

No comments:

Post a Comment