Friday, June 21, 2013

Oreo Cheese Cake

 Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kali ini saya dapat buat Oreo Cheese Cake for my junior's belated birthday.

Yes! Actually it should be `Happy Belated Birthday Mim`. Tapi tak pelah! hahaha.

And Alhamdulillah she was so happy masa dapat kek ni. Semua yang makan pon suka, Alhamdulillah.

So, once again because SHARING IS OHSEM ! saya kongsi resepi kek ni.

Lets make everybody around us happy with this lovely homemade Oreo Cheese Cake.

Jom tengok resepi kek ni.
Base Cake
Bahan-bahan:
  • 30 keping oreo(buang cream tengah) - dikisar halus
  • 1/4 butter - dicairkan
 Cara-cara:
  1. Gaulkan oreo yang telah dikisar dengan butter cair sehingga rata.
  2. Masukkan ke dalam loyang yang telah digris tepi dan dialas dengan baking paper. Tekan sehingga betul-betul padat dan keras. 
  3. Simpan sebentar didalam peti sejuk sementara untuk buat adunan kek.
  4. Pre-heat oven dengan suhu 180 darjah.
Cake
Bahan-bahan:
  • 2 cawan cream cheese
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 tsp esen vanila
  • 1/2 cawan yogurt
  • 2 biji telur
  • 1 cawan oreo yang dicincang halus
Cara-cara:
  1. Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga sebati.
  2. Masukkan yogurt dan pukul sebati.
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati. 
  4. Masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi dan kaup balik hingga rata.
  5. Bakar secara 'steam bake' (letak loyang adunan ke dalam loyang lain yang berisi air) selama 45minit atau hingga tengah-tengah kek benar-benar masak pada suhu 180darjah.
  6. Sejukkan sekurang-kurangnya 4jam atau semalaman di dalam peti sejuk. 
SIAP!

SELAMAT MENCUBA!



No comments:

Post a Comment